Assalamualaikum W.B.T..
Kita bersua kembali pada post yang seterusnya ini.. J
Bagi makluman para pembaca yang setia, extra informasi yang seterusnya ini saya perolehi daripada JABATAN PERTANIAN KINABATANGAN.
Bagi Jabatan Pertanian yang ada di setiap Daerah mempunyai tugas & projek yang tersendiri. Oleh itu, pegawai Jabatan Pertanian Kinabatangan mengatakan bahawa DURIAN MERAH yang telah menjadi tugas mereka mengusahakan bagi memperolehi hasil buah yang terbaik harus dilaksanakan bagi mengawasi tanaman yang terbaru dibawah usaha Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mohtar Radin. Bukan setakat buah Durian Merah sahaja diberi perhatian tapi juga bagi buah-buahan & tumbuh-tumbuhan yang lain.
Mereka akan selalu mengawasi tanaman yang terbaru dibawah usaha Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin. Sehubungan itu, projek penanaman Durian Merah ini rasminya bermula pada tarikh 01 Februari 2011, Selasa.
Melalui akhbar Bernama, Daerah Kinabatangan menjadi perintis kepada penanaman Durian Merah secara besar-besaran di negeri Sabah ini berikutan pembukaan tanah seluas empat hektar di Taman Bandar berhampiran Pekan Kinabatangan.
Sebagai permulaan 300 anak pokok Durian Merah akan ditanam di Taman Bandar yang akan menjadikan sebagai taman pertanian dan diusahakan sendiri oleh Pejabat Pertanian di sini.
~~ Jalan masuk ke Jabatan Pertanian Kinabatangan ~~
Macamana cara saya boleh membeli anak benih durian merah atau ALAU itu
ReplyDelete