~~ Sambungan~~... ‘Durian Merah’
Penanaman
Bagi pengetahuan pembaca, dalam RMK-10 daerah telah mengenalpasti 2 buah kampung melibatkan 12 petani untuk melaksanakan projek PTB iaitu Kampung Kuamut dan Desa Permai yang terletak di bahagian ulu sungai Kinabatangan.
Objektif program adalah untuk :-
i. Mengekalkan tanaman durian merah agar tidak pupus
ii. Menambah keluasan tanaman
iii. Meningkatkan pengeluaran hasil
iv. Menggalakkan penggunaan bahan tanaman bermutu
v. Ke arah pengujudan SDSI berasaskan durian merah
Disamping itu, perluasan tanaman juga dilaksanakan menerusi projek Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen P187 Kinabatangan iaitu agihan bahan tanaman cantum durian merah sebanyak 2000 pokok (bersamaan keluasan 30 ha).
Sesungguhnya, ia akan disasarkan pada akhir RMK-10 keluasan tanaman durian merah bertambah dari 30 ha kepada 85 ha dan hasil bertambah dari 45 – 60 metrik tan kepada 60 – 100 metrik tan setahun..
Durian merah yang menjadi kegwmaean orang Sabah khasnya etnik Idahan di Lahad Datu dan Orang Sungai di Kinabatangan lebih popular dikenali sebagai ALAU. Isinya merah dan kulit serta durinya tidak hijau.
ReplyDelete