Assalamualaikum W.B.T..
Hyep.. bertemu kembali kita untuk in4m yg seterusnya mengenai DURIAN MERAH.. J
Kali ini saya nak tambahkan lagi maklumat yang masih belum jelas (DURIAN MERAH) agar pembaca setia tidak tertanya2 lagi.. (tp klau ada yg tak jelas lg tue, bule la tnya2 erk).. ehee..
~~ DURIAN MERAH, bagi kaum Sungai menggelarnya “Mara’ang” iaitu sifat durinya yang tajam dan tirus. Malah, durian ini jika dilihat kekuning kehijauan pasti menandakannya buah yang telah masak di pokok, tetapi jangan silap dan khuatir kerana spesies buah ini seperti juga buah yang lain. Hal ini kerana, buah DURIAN MERAH ini haruslah dijolok menggunakan kayu agar membolehkan ia jatuh ke bawah tanah.
Ia tidaklah boleh dipandang sebelah mata bagi menjaga nya kerana bagi segelintir pekebun pernah merungut disebabkan haiwan perosak yang gemar menjamu selesa sesuka hati bagi memakan buah tersebut tidak mengira sudah masak ataupun belum. Haiwan yang dimaksudkan itu ialah tupai. Kita semestinya tahu, haiwan sudah pasti tidak mengambil kira penting nya semua itu, bagi haiwan2 penting bagi mereka apabila rezeki sudah di depan mata(saya memahami mereka) J.
~> Jika tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang lain mempunyai nama saintifik, tidak ketinggalan juga bagi nama saintifik buah DURIAN MERAH iaitu “Durio Graveolens”. Dari satu sumber yang saya dapat, beliau mengatakan bahawa "Durio" membawa maksud 'Famili' dan "Graveolens" pula membawa maksud pada 'Bombaceae'.
No comments:
Post a Comment