ITU LAH DIA, DURIAN MERAH.. tetapi APAKAH ITU DURIAN MERAH ????
Saya yakin & pasti bahawa majoriti negeri di SEMENANJUNG MALAYSIA tidak mengetahuinya, melainkan mereka yang pernah ke SABAH. Seperti kebiasaannya isi durian biasanya di lihat berwarna Kuning. Tetapi terdapat sejenis buah durian yang isinya berwarna merah. Unik tak ?? Durian Merah hanya didapati di Sabah Malaysia. Ini juga dikategorikan sebagai buah-buahan tempatan.
Bagi kaum Kadazan Dusun mereka menggelar ianya sebagai SUKANG atau TABELAK atau bahasa yang mudah difahami ialah DURIAN HUTAN. Spesies Durian Merah ini hanya tumbuh di hutan Sabah. Tidak ramai yang mengetahui akan kewujudan Durian Merah ini. Mungkin ianya akan dijadikan tarikan pelancong di Negeri Sabah. Apa yang membezakan Durian Merah dan Durian yang biasa adalah kulitnya. Kulit Durian Merah adalah lebih tipis dan kering. Namun rasanya lebih lazat berbanding Durian Putih, jika Durian Merah ia lebih rasa lemak berkrim. Tetapi lain orang mesti lain pendapat yang diberikan. Jika musim Durian Merah tiba, ianya di jual sekitar 5/6 biji RM10 bagi yang bersaiz seakan bola sepak takraw. Ini yang menjadikan Durian Merah ini lebih unik di Sabah. Jika ada peluang, datang lah ke SABAH untuk menikmati "raja buah" iaitu Durian Merah.
~~> Durian Merah di Bukit Garam, Kota Kinabatangan.
No comments:
Post a Comment