free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Monday, 5 September 2011

:: KERATAN AKHBAR "PELANCARAN" ::

KERATAN AKHBAR :: BORNEO POST





KERATAN AKHBAR :: NEWS SABAH TIMES







KERATAN AKHBAR :: DAILY EXPRESS




Sumber diterima daripada Penolong Pegawai Pertanian, 
En. Samsudin Ladun.


:: PELANCARAN PENANAMAN ::

Dirasmikan oleh Datuk Bung Moktar Radin
Ahli Parlimen P187 Kinabatangan.

01/02/2011, Rabu. Ia merupakan tarikh dimana pelancaran ini di sempurnakan dibawah kerjasama Jabatan Pertanian Kinabatangan.

          Di samping itu juga, ia sekali gus bagi mempromosikan tanaman tersebut, sebanyak 2,700 anak pokok durian merah akan diagih-agihkan kepada penduduk kampung di dearah berkenaan.



~ Temu ramah daripada wartawan RTM, New Sabah Times,
 Borneo, & Daily Express selepas
pelancaran.


Pelancaran dirasmikan :


:: Ahli parlimen Kinabatangan P187



:: Menteri Alam Sekitar & Sumber Asli Negeri Sabah.


:: Pengarah Pertanian Negeri Jabatan Pertanian Negeri Sabah.

:: PROSES MENCANTUM DURIAN MERAH ::

10 STEP PENCANTUMAN ANAK POKOK : DURIAN MERAH


1. 




2.




3.




4.




5.




7.




8.




9.




10.


Pokok cantuman durian merah berumur 
5 tahun 8 bulan yang telah mengeluarkan buah.







~ Pokok durian merah yang sudah pun matang.







Monday, 22 August 2011



~~ Sambungan~~... ‘Durian Merah’

Penanaman

Bagi pengetahuan pembaca, dalam RMK-10 daerah telah mengenalpasti 2 buah kampung melibatkan 12 petani untuk melaksanakan projek PTB iaitu Kampung Kuamut dan Desa Permai yang terletak di bahagian ulu sungai Kinabatangan.

Objektif program adalah untuk :-

i.                  Mengekalkan tanaman durian merah agar tidak pupus
ii.               Menambah keluasan tanaman
iii.            Meningkatkan pengeluaran hasil
iv.             Menggalakkan penggunaan bahan tanaman bermutu
v.                Ke arah pengujudan SDSI berasaskan durian merah

Disamping itu, perluasan tanaman juga dilaksanakan menerusi projek Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen P187 Kinabatangan iaitu agihan bahan tanaman cantum durian merah sebanyak 2000 pokok (bersamaan keluasan 30 ha).

Sesungguhnya, ia akan disasarkan pada akhir RMK-10 keluasan tanaman durian merah bertambah dari 30 ha kepada 85 ha dan hasil bertambah dari 45 – 60 metrik tan kepada 60 – 100 metrik tan setahun..

Monday, 8 August 2011

:: PROJEK JABATAN PERTANIAN KINABATANGAN ::

……SambungaN…..~~


AssaLam.. Hakikatnya Durian Merah bagi warga 
kampung Kinabatangan 
merupakan makanan Tradisi bagi mereka.


Penggunaan tanah

   Keluasan buah-buahan di daerah adalah dianggarkan berjumlah 118.07 hektar. Kebanyakan petani menanam secara kecil-kecilan dan bercampur-campur. Klon yang digunakan tidak menentu dan kebanyakan-nya ditanam mengunakan bahan tanaman daripada biji benih.

   Bagi tanaman Durian Merah dianggarkan lebih kurang 30 ha sahaja. Hasil pengeluaran tahunan adalah tidak menentu iaitu dianggarkan sekitar 45-60 metrik tan bergantung kepada keadaan cuaca.


Penambahan keluasan

Durian Merah merupakan tanaman tradisi suku kaum Sungai di daerah ini dan dianggap sebagai tanaman ikon. Pada masa ini durian merah ditanam sekitar rumah dan ada yang mencapai umur puluhan tahun sehingga ketinggian beberapa puluh meter menyebabkan kerja mengambil hasil amat berbahaya.

Durian Merah sentiasa mendapat permintaan yang menggalakkan setiap kali tiba musim buah. Bagaimanapun, bekalan-nya sentiasa tidak mencukupi. Oleh yang demikian, daerah merasakan adalah perlu tanaman ini diperluaskan penanamannya melalui program PTB (Pembangunan Tanaman Buah-buahan).

Bahan tanaman yang digunakan adalah bahan tanaman cantum terdiri daripada klon-klon yang didapatkan daripada sekitar daerah Kinabatangan dan diharapkan dapat mengeluarkan hasil lebih cepat berbanding bahan tanaman daripada biji benih.

Projek-projek Pembangunan Tanaman Yang Menyokong Perkhidmatan Pengembangan.

Monday, 1 August 2011

:: Penerangan drpd pegawai Jabatan Pertanian Kinabatangan ::

Assalamualaikum W.B.T..
Kita bersua kembali pada post yang seterusnya ini.. J

Bagi makluman para pembaca yang setia, extra informasi yang seterusnya ini saya perolehi daripada JABATAN PERTANIAN KINABATANGAN.

Bagi Jabatan Pertanian yang ada di setiap Daerah mempunyai tugas & projek yang tersendiri. Oleh itu, pegawai Jabatan Pertanian Kinabatangan mengatakan bahawa DURIAN MERAH yang telah menjadi tugas mereka mengusahakan bagi memperolehi hasil buah yang terbaik harus dilaksanakan bagi mengawasi tanaman yang terbaru dibawah usaha Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mohtar Radin. Bukan setakat buah Durian Merah sahaja diberi perhatian tapi juga bagi buah-buahan & tumbuh-tumbuhan yang lain.

Mereka akan selalu mengawasi tanaman yang terbaru dibawah usaha Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin. Sehubungan itu, projek penanaman Durian Merah ini rasminya bermula pada tarikh 01 Februari 2011, Selasa.

Melalui akhbar Bernama, Daerah Kinabatangan menjadi perintis kepada penanaman Durian Merah secara besar-besaran di negeri Sabah ini berikutan pembukaan tanah seluas empat hektar di Taman Bandar berhampiran Pekan Kinabatangan.
Sebagai permulaan 300 anak pokok Durian Merah akan ditanam di Taman Bandar yang akan menjadikan sebagai taman pertanian dan diusahakan sendiri oleh Pejabat Pertanian di sini.





~~ Jalan masuk ke Jabatan Pertanian Kinabatangan ~~



Friday, 29 July 2011

:: Durio Graveolens ::

Assalamualaikum W.B.T..

Hyep.. bertemu kembali kita untuk in4m yg seterusnya mengenai DURIAN MERAH.. J

Kali ini saya nak tambahkan lagi maklumat yang masih belum jelas (DURIAN MERAH) agar pembaca setia tidak tertanya2 lagi.. (tp klau ada yg tak jelas lg tue, bule la tnya2 erk).. ehee..


~~ DURIAN MERAH, bagi kaum Sungai menggelarnya “Mara’ang” iaitu sifat durinya yang tajam dan tirus. Malah, durian ini jika dilihat kekuning kehijauan pasti menandakannya buah yang telah masak di pokok, tetapi jangan silap dan khuatir kerana spesies buah ini seperti juga buah yang lain. Hal ini  kerana, buah DURIAN MERAH ini haruslah dijolok menggunakan kayu agar membolehkan ia jatuh ke bawah tanah. 

Ia tidaklah boleh dipandang sebelah mata bagi menjaga nya kerana bagi segelintir pekebun pernah merungut disebabkan haiwan perosak yang gemar menjamu selesa sesuka hati bagi memakan buah tersebut tidak mengira sudah masak ataupun belum. Haiwan yang dimaksudkan itu ialah tupai. Kita semestinya tahu, haiwan sudah pasti tidak mengambil kira penting nya semua itu, bagi haiwan2 penting bagi mereka apabila rezeki sudah di depan mata(saya memahami mereka) J.



~> Jika tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang lain mempunyai nama saintifik,  tidak ketinggalan juga bagi nama saintifik buah DURIAN MERAH iaitu “Durio Graveolens”. Dari satu sumber yang saya dapat, beliau mengatakan bahawa "Durio" membawa maksud 'Famili' dan "Graveolens" pula membawa maksud pada 'Bombaceae'.  





Sekian dulu dari saya........