free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Monday, 22 August 2011



~~ Sambungan~~... ‘Durian Merah’

Penanaman

Bagi pengetahuan pembaca, dalam RMK-10 daerah telah mengenalpasti 2 buah kampung melibatkan 12 petani untuk melaksanakan projek PTB iaitu Kampung Kuamut dan Desa Permai yang terletak di bahagian ulu sungai Kinabatangan.

Objektif program adalah untuk :-

i.                  Mengekalkan tanaman durian merah agar tidak pupus
ii.               Menambah keluasan tanaman
iii.            Meningkatkan pengeluaran hasil
iv.             Menggalakkan penggunaan bahan tanaman bermutu
v.                Ke arah pengujudan SDSI berasaskan durian merah

Disamping itu, perluasan tanaman juga dilaksanakan menerusi projek Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen P187 Kinabatangan iaitu agihan bahan tanaman cantum durian merah sebanyak 2000 pokok (bersamaan keluasan 30 ha).

Sesungguhnya, ia akan disasarkan pada akhir RMK-10 keluasan tanaman durian merah bertambah dari 30 ha kepada 85 ha dan hasil bertambah dari 45 – 60 metrik tan kepada 60 – 100 metrik tan setahun..

Monday, 8 August 2011

:: PROJEK JABATAN PERTANIAN KINABATANGAN ::

……SambungaN…..~~


AssaLam.. Hakikatnya Durian Merah bagi warga 
kampung Kinabatangan 
merupakan makanan Tradisi bagi mereka.


Penggunaan tanah

   Keluasan buah-buahan di daerah adalah dianggarkan berjumlah 118.07 hektar. Kebanyakan petani menanam secara kecil-kecilan dan bercampur-campur. Klon yang digunakan tidak menentu dan kebanyakan-nya ditanam mengunakan bahan tanaman daripada biji benih.

   Bagi tanaman Durian Merah dianggarkan lebih kurang 30 ha sahaja. Hasil pengeluaran tahunan adalah tidak menentu iaitu dianggarkan sekitar 45-60 metrik tan bergantung kepada keadaan cuaca.


Penambahan keluasan

Durian Merah merupakan tanaman tradisi suku kaum Sungai di daerah ini dan dianggap sebagai tanaman ikon. Pada masa ini durian merah ditanam sekitar rumah dan ada yang mencapai umur puluhan tahun sehingga ketinggian beberapa puluh meter menyebabkan kerja mengambil hasil amat berbahaya.

Durian Merah sentiasa mendapat permintaan yang menggalakkan setiap kali tiba musim buah. Bagaimanapun, bekalan-nya sentiasa tidak mencukupi. Oleh yang demikian, daerah merasakan adalah perlu tanaman ini diperluaskan penanamannya melalui program PTB (Pembangunan Tanaman Buah-buahan).

Bahan tanaman yang digunakan adalah bahan tanaman cantum terdiri daripada klon-klon yang didapatkan daripada sekitar daerah Kinabatangan dan diharapkan dapat mengeluarkan hasil lebih cepat berbanding bahan tanaman daripada biji benih.

Projek-projek Pembangunan Tanaman Yang Menyokong Perkhidmatan Pengembangan.

Monday, 1 August 2011

:: Penerangan drpd pegawai Jabatan Pertanian Kinabatangan ::

Assalamualaikum W.B.T..
Kita bersua kembali pada post yang seterusnya ini.. J

Bagi makluman para pembaca yang setia, extra informasi yang seterusnya ini saya perolehi daripada JABATAN PERTANIAN KINABATANGAN.

Bagi Jabatan Pertanian yang ada di setiap Daerah mempunyai tugas & projek yang tersendiri. Oleh itu, pegawai Jabatan Pertanian Kinabatangan mengatakan bahawa DURIAN MERAH yang telah menjadi tugas mereka mengusahakan bagi memperolehi hasil buah yang terbaik harus dilaksanakan bagi mengawasi tanaman yang terbaru dibawah usaha Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mohtar Radin. Bukan setakat buah Durian Merah sahaja diberi perhatian tapi juga bagi buah-buahan & tumbuh-tumbuhan yang lain.

Mereka akan selalu mengawasi tanaman yang terbaru dibawah usaha Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin. Sehubungan itu, projek penanaman Durian Merah ini rasminya bermula pada tarikh 01 Februari 2011, Selasa.

Melalui akhbar Bernama, Daerah Kinabatangan menjadi perintis kepada penanaman Durian Merah secara besar-besaran di negeri Sabah ini berikutan pembukaan tanah seluas empat hektar di Taman Bandar berhampiran Pekan Kinabatangan.
Sebagai permulaan 300 anak pokok Durian Merah akan ditanam di Taman Bandar yang akan menjadikan sebagai taman pertanian dan diusahakan sendiri oleh Pejabat Pertanian di sini.





~~ Jalan masuk ke Jabatan Pertanian Kinabatangan ~~